Contoh Soalan Dan Jawapan Penolong Pegawai Tadbir

Contoh Soalan Dan Jawapan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29. 

Jika anda ada menerima SMS dan email untuk peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir. Maka sudah pasti anda perlukan rujukan, panduan dan contoh soalan berserta jawapan bukan? Jadi di sinilah tempat yang paling tepat untuk anda.

Kami kongsikan di sini kerana anda perlukan sebuah panduan khusus bagi menghadapi peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir N29 nanti.

Apa yang ada dalam Rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29?

Untuk pengetahuan anda, pakej rujukan khas ini mempunyai himpunan contoh soalan dan jawapan Penolong Pegawai Tadbir N29, skema jawapan dan lengkap dengan nota ringkas untuk membantu calon Penolong Pegawai Tadbir N29 nanti.

Untuk sesi 2016, rujukan kali ini telah disesuaikan dengan format terkini peperiksaan online SPA yang berbeza dengan sesi terakhir peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir termasuk :

  • Lebih 50++ Nota Ringkas untuk menjimatkan masa persediaan anda
  • Lebih 100++ Contoh Soalan & Jawapan untuk melazimkan anda dengan format 2016

Untuk melanggan Rujukan Penolong Pegawai Tadbir ini, ia boleh dilakukan dengan menekan butang langgana atau tekan pada gambar yang diberikan di bawah.

Contoh Soalan dan Jawapan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir

Ringkasan Mengenai Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir.

Tahukah anda bahawa peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir adalah sebahagian daripada kandungan di dalam Pelan Transformasi Kerajaan atau Government Transformation Plan (GTP)? Ia di lancarkan pada tahun 2011 di mana peperiksaan online dalam talian yang diadakan oleh SPA adalah sebahagian daripadanya untuk mencapai matlamat Kerajaan Elektronik.

Mengikut sumber berita dari Utusan ;

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) melaksanakan kaedah peperiksaan secara atas talian bagi memilih calon berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong dalam sektor awam bermula hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Mahmood Adam berkata, kaedah berkenaan dibuat bagi memudahkan calon mengambil peperiksaan tanpa perlu hadir ke pusat peperiksaan tertentu seperti sebelum ini.

Beliau berkata, menerusi transformasi berkenaan, SPA dapat menjimatkan kos pengurusan peperiksaan berbanding cara tradisi termasuklah perbelanjaan seperti kertas jawapan dan buku soalan dengan nilai penjimatan sebanyak RM2.5 juta setahun.

“Ia membolehkan orang ramai menduduki peperiksaan bertulis untuk memasuki skim perkhidmatan awam di mana saja mereka berada iaitu di rumah, pejabat atau luar negara.

“Masa yang ditetapkan untuk peperiksaan berlangsung juga serentak dan mereka akan menerima nombor giliran sebelum menduduki peperiksaan,” katanya pada sidang akbar Majlis Pelancaran Sistem Peperiksaan Online di sini hari ini. – Sumber

Jadi di sini, peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir adalah satu kaedah terkini untuk menapis dan menyaring calon-calon pegawai kerajaan. Tapisan Pertama adalah melalui sistem automatik yang digunakan di dalam laman web SPA. Kemudian Tapisan Kedua adalah melalui peperiksaan online. Tapisan Ketiga adalah temuduga iaitu tapisan terakhir sebelum layak menjawat jawatan kerajaan.

Format Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29.

Seperti yang dimaklumkan di dalam panggilan yang anda terima. Format peperiksaan online Penolong Pegawai Tadbir di pecahkan kepada DUA Segmen atau Bahagian.

Format Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29

Bahagian APengetahuan Am Penolong Pegawai Tadbir N29

Seksyen ini menguji tahap kepekaan calon terhadap sesuatu isu yang berlaku di Malaysia khususnya. Calon dikehendaki mengetahui secara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/ infrastruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/ tanah/ daerah/ tempatan, pengurusan sumber ekonomi/kewangan, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan.

Bahagian BDaya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29

Seksyen ini mengandungi tiga pecahan utama. Tujuan seksyen ini bagi mengukur daya menyelesaikan masalah calon.

i) Kemahiran Menggunakan Logik: Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menggunakan kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat yang diberikan untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

ii) Kemahiran Menginterpretasi Data: Calon akan diberikan beberapa soalan penyelesaian masalah yang menggunakan pelbagai data dan perangkaan. Calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk menyelesaikan masalah yang dikemukakan.

iii) Kemahiran Matematik: Konsep Matematik yang digunakan termasuklah algebra dan geometri. Walaupun ada antara calon yang memiliki kelayakan dalam bidang Matematik di peringkat diploma, ini tidak bermakna memberi kelebihan bagi mereka menjawab soalan berbanding calon daripada bidang lain kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah lebih kepada asas-asas matematik sukatan pelajaran Tingkatan 5 (Sijil Pelajaran Malaysia).

Anda boleh mendapatkan rujukan dan panduan lengkap Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Gred N29 dengan melanggan Rujukan Pantas Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir.

Untuk melanggan, anda cuma perlu mengisi borang yang ada dengan menekan gambar di bawah ini. Arahan seterusnya akan diberikan kepada anda.

Contoh Soalan dan Jawapan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir

Contoh Soalan Dan Jawapan Bahagian A Pengetahuan Am Penolong Pegawai Tadbir N29

Bagi soalan Bahagian A di bawah ini adalah contoh soalan dan jawapan :

1. Program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) merupakan bantuan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada

I. Warga emas sebatang kara (60 tahun dan ke atas) dengan pendapatan kasar bulanan < RM 4000
II. Ketua keluarga dengan jumlah pendapatan kasar bulanan < RM 4000
III. Orang kelainan upaya dengan pendapatan kasar bulanan < RM1000
IV. Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan pendapatan kasar bulanan < RM2000

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

Jawapan: B

2) Dimanakah terletaknya Tapak Penyelidikan Arkeologi Sungai Batu dan Jeniang?

A-Kedah
B-Perak
C-Johor
D-Sabah

Jawapan: A

P/s 1 : Terdapat juga soalan berdasarkan gambarajah. Jadi anda kena tahu bagaimana untuk menjawabnya. Semuanya akan diterangkan di dalam nota rujukan nanti.

Contoh Soalan Dan Jawapan Bahagian B Daya Menyelesaikan Masalah Matematik Penolong Pegawai Tadbir N29

Untuk bahagian ini, anda boleh lihat contoh soalan dan jawapan di bawah.

Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online SPA

Contoh Soalan Dan Jawapan Matematik Penolong Pegawai Tadbir

Calon-calon siswazah jurusan matematik tidak mendapat kelebihan di seksyen ini kerana soalan-soalan yang dikemukakan merupakan soalan logik. Proses penyelesaian masalah tersebut mengaplikasikan konsep-konsep matematik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Dapatkan Contoh Soalan & Jawapan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29

Anda boleh mendapatkan contoh soalan dan jawapan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29 melalui link berikut. Jualan akan di buka dalam jangkamasa terdekat. Jadilah antara yang terawal mendapatkan panduan ini untuk persediaan peperiksaan anda.

Selain itu, sebagai persediaan tambahan, pihak kami juga akan menghantar emel secara berkala kepada anda yang mengandungi maklumat lanjut berkaitan exam berkenaan.

Namun anda perlu ingat, setiap panduan, contoh soalan dan jawapan, tips dan sebagainya yang dihantar kepada anda hanyalah merupakan panduan dan rujukan. Namun dengan adanya panduan sebegini, anda boleh mempersiapkan diri anda sebaik mungkin untuk menghadapi Penolong Pegawai Tadbir N29 nanti.

Contoh Soalan dan Jawapan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir

Bagaimana hendak mendapatkan Contoh Soalan Dan Jawapan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29?

  1. Isikan maklumat anda di dalam form di bawah. >> http://eepurl.com/cp3UFb
  2. Whatsapp “Rujukan PPT N29” ke +60179772303
  3. Join channel telegram >> https://telegram.me/rujukanppt
  4. Nantikan balasan daripada pihak kami.

Kami percaya bahawa Nota Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29 ini pasti akan membantu anda seperti mana kami membantu orang-orang lain sebelum anda.

Salam sukses.

 

Admin

Semakanspa.Com

Carian Artikel :

  • semak ujian ptd spa 26 november,
  • ,