Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam

Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam.

Anda di panggil untuk menduduki peperiksaan online Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam? Dapatkan maklumat lanjut mengenainya di sini. Teruskan membaca.

MAKLUMAT JAWATAN PENOLONG PEGAWAI HAL EHWAL ISLAM

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29

  • Kumpulan:Pelaksana
  • Kem/Jab:Jabatan Perdana Menteri, Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka Pulau Pinang dan Perlis.
  • Jadual Gaji:
  • GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN
    GAJI TAHUNAN
    RM1,493.00 RM5,672.00 RM 145.00

 

  • Syarat Lantikan:
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab.
        (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
      2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,493.00); atau
      3. Diploma dalam bidang tahfiz Al-Quran, pengajian Islam atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji Permulaan pada Gred S29 : RM1,770.95); atau
  • Syarat Bahasa Melayu
    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Hal Ehwal Islam adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Pegawai Hal Ehwal Islam Gred S29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
  • Deskripsi Tugas : Bertanggungjawab kepada Mufti dalam menjalankan penyelidikan atas perkara, masalah atau isu berkaitan dengan aqidah yang ditimbulkan oleh Kerajaan, pertubuhan, orang awam dan juga sebagai urus setia kepada Jawatankuasa Kecil yang ditubuhkan dari semasa ke semasa.
Baca juga :  Temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian U19

Contoh Soalan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam.

PANDUAN UMUM KEPADA CALON

Peperiksaan ini terdiri daripada :

BAHAGIAN I – KECENDERUNGAN

Seksyen A – Pengetahuan Am
Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen A – Pengetahuan Am

Dalam Seksyen ini, calon dikehendaki mengetahui secara umum berkenaan perkara
berkaitan dengan hal ehwal Islam, dasar-dasar awam dan jentera pentadbiran
negara, hal ehwal ekonomi dan sosial, ICT dan lain-lain isu semasa di dalam dan
luar negara.

Masa : 40 minit
Bilangan Soalan : 50 soalan
Markah : 50

CONTOH SOALAN :

1. Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri pelaburan saham dalam
Islam?

I Bebas daripada sebarang unsur riba.
II Mempunyai kadar dividen yang tetap.
III Tidak mempunyai unsur-unsur spekulasi.
IV Tidak dilaburkan dalam industri perjudian.

Baca juga :  Rujukan Persediaan Temuduga Jawatan SPA

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D I, II, III dan IV

Jawapan : C

2. Perkara luar biasa yang berlaku kepada orang yang bakal menjadi rasul
adalah

A Irhas
B Istidraj
C Mukjizat
D Ma’unah

Jawapan : A

Seksyen B – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengukur daya menyelesaikan masalah dengan menggunakan
item-item yang berkonsepkan perkara-perkara berikut:

(i) Kemahiran Logik
(ii) Kemahiran Menginterpretasikan Data
(iii) Konsep Matematik

(i) Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan kemahiran logik untuk
memilih jawapan yang tepat atau mengenal pasti jawapan yang salah.

Kemahiran Logik

(ii) Beberapa masalah akan dikemukakan menggunakan pelbagai perangkaan
dan calon dikehendaki menganalisa data-data tersebut untuk
menyelesaikannya. Bagi memudahkan calon menjawab, penggunaan graf,
jadual dan sebagainya digalakkan.

Baca juga :  Panduan Temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan Gred U11

Kemahiran Menginterpretasikan Data

(iii) Konsep Matematik yang digunakan termasuklah kemahiran numeric serta
kuantitatif untuk mengukur kemahiran asas Matematik, pemahaman konsep
dan kebolehan untuk berfikir secara kuantitatif.

Konsep Matematik

Masa : 45 minit
Bilangan Soalan : 40 soalan
Markah : 50

CONTOH SOALAN :

1. 30, 32, 36 , X , 60, 92
Apakah X?

A 38
B 40
C 44
D 48

Jawapan : C

2. Rajah di bawah menunjukkan masa yang diambil oleh sebuah bas dari Jerteh

ke Klang melalui Kuantan
6 jam 4 ½ jam
Jerteh Kuantan Klang

Bas itu bertolak pada jam 0815 dari Jerteh. Ia berhenti di Kuantan selama
1 jam. Pada pukul berapakah bas itu tiba di Klang?
A Jam 1945
B Jam 1845
C Jam 1515
D Jam 1415
Jawapan : A

Jika anda berminat untuk memiliki Contoh Soalan Exam Online Hal Ehwal Islam, Daftarkan nama anda di bawah ini dan kami akan maklumkan kepada anda sekiranya ianya di buka untuk jualan.

Pastikan anda dapatkannya di sini.

Nama Penuh

No Phone

E-mail