Iklan Jawatan Kosong Penghulu Di Negeri Perak Disember 2015

Iklan Jawatan Kosong Penghulu Gred NP27 di Negeri Perak bagi pengambilan Disember 2015.

(A.)
(a) Jawatan : PENGHULU (LELAKI SAHAJA)
No. Rujukan : 358A/489/32
( 7 kekosongan )

(b) Jabatan : Perkhidmatan Awam Negeri Perak

(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pelaksana

(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran Dan Sokongan

(B.) Jadual Gaji : Gred NP27

GAJI MINIMUM =RM1,362.00

GAJI MAKSIMUM = RM5,092.00

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN = RM145.00

(C.) Syarat Lantikan :-

1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :-
(a) (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan serta mempunyai pengalaman tidak kurang
dari 10 tahun dalam bidang yang berkaitan, terlibat dalam aktiviti
kemasyarakatan dan sukarela serta berpengetahuan luas dalam
pembangunan masyarakat, adat istiadat, agama dan sosiobudaya
tempatan;
[ Gaji permulaan : RM1,511.54 ] atau

Baca juga :  Peperiksaan Online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik 2017

(ii) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji permulaan : RM1,737.15 ] atau

(iii) Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh kerajaan;
[ Gaji permulaan : RM1,737.15 ] atau

(iv) Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,037.96 ] atau

(v) Diploma dalam bidang pengurusan harta benda yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji permulaan : RM2,113.16 ]

[Calon dengan kelayakan STPM/STAM atau diploma disyaratkan
mempunyai pengalaman tidak kurang dari 5 tahun dalam bidang
berkaitan, terlibat dalam aktiviti kemasyarakatan dan sukarela serta
berpengetahuan luas dalam pembangunan masyarakat, adat
istiadat, agama dan sosiobudaya tempatan] dan

Baca juga :  Iklan Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tanah Perak Disember 2015

(b) Kepujian Bahasa Melayu/ Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada
peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan.

(D.) SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL) :

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kumpulan Sokongan Gred 17 yang
mensyaratkan kelayakan masuk SPM adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa
Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan (PSL) ke jawatan Penghulu Gred
NP27, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan
dan:-

(a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1.2.(C) di atas; atau
(ii) Lulus Peperiksaan Khas;

Untuk membuat permohonan, sila baca artikel ini dahulu. >> MOHON KERJA KOSONG KERAJAAN NEGERI PERAK

Tinggalkan Pertanyaan