Pegawai Penjara Gred KA19

Pegawai Penjara Gred KA19 – Maklumat Jawatan, Tangga Gaji dan Deskripsi Tugas.

Pegawai Penjara Gred KA19

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Jabatan Penjara
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,360.00 RM3,824.00 RM100.00
  • Syarat Lantikan:
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      • warganegara Malaysia;
      • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred KA19:RM1,360.00); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred KA19:RM1,418.12); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred KA19:RM1,476.24).
    • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
      • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
      • berat badan sekurang kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;
      • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
      • lulus dalam Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap;
      • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Deskripsi Tugas:
    Melaksanakan tugas-tugas operasi berbentuk fizikal dan rutin dalam menjalankan tugas-tugas kawalan keselamatan, melaksanakan prosedur penahanan dan pelaksanaan hukuman, merealisasikan program-program pemulihan serta memberikan layanan yang adil terhadap penghuni berdasarkan kepada undang-undang dan peraturan yang telah diperuntukkan.
Baca juga :  Penolong Jurutera Gred JA29

 

 

 

/

/

Carian Artikel :

  • elaun pegawai penjara ka19,
  • erti Pegawai Penjara Gred KA19,
  • gaji pegawai penjara ka19 termasuk elaun,
  • imbuhan pegawai penjara ka19,
  • semakan panggilan polis penjara,
  • semakan pegawai penjara,
  • syarat-syarat pegawai penjara,
  • tugas pegawai penjara gred kp19,
  • ,