Pegawai Tadbir Dan Diplomatik [PTD] Gred M41

Apa itu pegawai tadbir dan diplomatik [PTD] Gred M41? Di sini adalah sedikit maklumat mengenai Pegawai Tadbir dan Diplomatik.

Mahukan Tips Exam Online PTD? Silakan Join Channel Telegram Rujukan PTD >> https://telegram.me/rujukanptd

PENGUMUMAN PENTING : Syarat Kelayakan ini hanya berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan 1/2016 – Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia)

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,422.00 RM9,631.00 RM225.00

 

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)
(i) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,422.00); atau
(ii) ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,733.14); atau
(iii) ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM3,044.48);

dan

(d) lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan; dan
(e) hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
DESKRIPSI TUGAS :
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

TUGAS pegawai tadbir diplomatik (PTD)

Berikut kami kongsikan 8 bidang tugas utama sebagai PTD. Antaranya:

Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
Pengurusan Kewangan,
Keselamatan dan Pertahanan Negara,
Pengurusan Teknologi Maklumat,
Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
Pengurusan Ekonomi dan
Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.
Calon PTD wajib faham bidang tugas Pegawai Tadbir Diplomatik ini dan seeloknya hafal – mana tahu terselit 2-3 soalan dalam peperiksaan nanti.

PROSES PENGAMBILAN PTD

Proses pengambilan PTD pada tahun ini sedikit berbeza daripada tahun sebelumnya.

Jika sebelum ini, calon yang lulus peperiksaan bertulis PTD akan menghadiri PAC bagi ujian fizikal dan sebagainya. Namun, tiada PAC bagi tahun ini.

Maka, mana-mana calon yang lulus exam PTD akan terus dipanggil menghadiri temuduga, kemudiannya direkrut sebagai kadet PTD selama setahun.

Jadi, fokus utama anda sekarang adalah untuk lulus peperiksaan online PTD.

KERJAYA SEBAGAI PTD

Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik merupakan jawatan dalam perkhidmatan awam yang menjadi buruan graduan baru.

Ada beberapa faktor yang menjadikan kerjaya sebagai PTD ini menarik. Antaranya:

Kenaikan pangkat bagi PTD lebih cepat berbanding jawatan perkhidmatan awam yang lain.
Gaji PTD juga lebih tinggi jika dibandingkan jawatan lain.

Jika anda memilih untuk sampai ke puncak dalam perkhidmatan awam, maka PTD adalah laluan yang tepat
Antara kelebihan lain menjadi PTD ialah:

  • Elaun perumahan
  • Cost of living allowance (COLA)
  • Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
  • Kenaikan gaji setiap tahun
  • Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
  • Cuti tahunan mengikut kelayakan
  • Cuti bersalin
  • Pinjaman perumahan
  • Caruman KWSP atau pencen
  • Bersara pada umur 58 tahun
  • Peluang kenaikan pangkat
  • Peluang melanjutkan pelajaran
  • Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
  • Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga

Jika anda mendapat panggilan ke peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik, pastikan ambiil peluang ini dan cuba buat persediaan yang rapi. Persediaan perlu kerana anda harus tahu yang persaingan untuk jawatan ini amat tinggi dan ianya menjadi idaman majoriti graduan. Lihat sahajatugas pegawai tadbir diplomatik ini dan bagaimana ianya meletakkan penjawatnya pada status panjawat awam tertinggi.

Untuk peperiksaan online, anda boleh baca artikel Nota Rujukan PTD ini mendapat gambaran yang lebih jelas.

Jika JUALAN DI TUTUP. Anda boleh terus Whatsapp kami di dengan menghantar code . Dan kami akan bantu anda untuk mendapatkannya.

Rujukan PTD 2016” ke +60179772303.

Sebelum itu sila Download Preview Copy Nota Rujukan Pegawai Tadbir Diplomatik Sekarang.

Dowbload Fail

tags : pegawai tadbir dan diplomatik, maklumat pegawai tadbir diplomatik, apa itu pegawai tadbir diplomatik, bidang tugas pegawai tadbir diplomatik, pegawai ptd m41,

Carian Artikel :

  • keputusan pac ptd 2017,
  • semakan pac ptd 2017,
  • ptd m41 pac 2017,
  • pac ptd 2017,
  • pac ptd keputusan 2017,
  • temuduga ptd 2017,
  • ptd 2017,
  • semakan keputusan pac ptd 2017,
  • keputusan ptd pac 2017,
  • keputusan pac ptd,
  • ,