Rujukan Exam dan Peperiksaan Online PTD – Pegawai Tadbir Diplomatik Gred M41. Pengenalan dan pengetahuan tentang Pegawai Tadbir dan Diplomatik hanya di sini.

Pengenalan Pegawai Tadbir Diplomatik.

Di Malaysia, Pegawai Tadbir dan Diplomatik merupakan pegawai-pegawai berkelulusan ijazah universiti yang dilatih di INTAN. Biasanya lulusan INTAN menjadi pegawai barisan hadapan di Malaysia seperti pegawai daerah, pegawai kedutaan, duta dan sebagainya.

Tugas sebagai pegawai Tadbir diplomatik sebagaimana dirujuk dalam laman web SPA adalah;

Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

PENGUMUMAN PENTING : Syarat Kelayakan ini hanya berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016 (Pekeliling Perkhidmatan 1/2016 – Rasionalisasi Skim Perkhidmatan Bagi Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia)

  • Kumpulan: Pengurusan dan Profesional
  • Kem/Jab: Jabatan Perkhidmatan Awam
  • Jadual Gaji:
Gaji Minimum Gaji Maksimum Kadar Kenaikan
Gaji Tahunan
RM2,422.00 RM9,631.00 RM225.00

 

SYARAT LANTIKAN :
1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c)
(i) ijazah sarjana muda kepujian yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,422.00); atau
(ii) ijazah sarjana yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM2,733.14); atau
(iii) ijazah doktor falsafah (PhD) yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji Permulaan pada Gred M41 : RM3,044.48);

dan

(d) lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik yang ditetapkan; dan
(e) hadir dan lulus dengan jayanya Diploma Pasca Siswazah Pengurusan Awam anjuran Institut tadbiran Awam Negara.
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU
2. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
DESKRIPSI TUGAS :
Merancang, menggubal dan melaksanakan dasar-dasar awam mengenai pengurusan sumber tenaga manusia dan organisasi, sumber kewangan, ekonomi, pentadbiran dan pembangunan wilayah/daerah/tempatan/tanah, perancangan dan pentadbiran sosial, hubungan antarabangsa dan hal ehwal luar negeri (termasuk perkhidmatan luar negeri) keselamatan/ketahanan negara serta pengurusan teknologi maklumat.

TUGAS PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK (PTD)

Berikut kami kongsikan 8 bidang tugas utama sebagai PTD. Antaranya:
[et_bloom_locked optin_id=optin_4][/et_bloom_locked]
Pengurusan Sumber Manusia dan Pembangunan Organisasi,
Pengurusan Kewangan,
Keselamatan dan Pertahanan Negara,
Pengurusan Teknologi Maklumat,
Perancangan dan Pentadbiran Sosial/Infrastruktur,
Pentadbiran dan Pembangunan Wilayah/Perbandaran/Tanah/Daerah/Tempatan
Pengurusan Ekonomi dan
Hubungan Antarabangsa dan Hal Ehwal Luar Negeri.

Calon PTD wajib faham bidang tugas Pegawai Tadbir Diplomatik ini dan seeloknya hafal – mana tahu terselit 2-3 soalan dalam peperiksaan nanti.

PROSES PENGAMBILAN PTD

Proses pengambilan PTD pada tahun ini sedikit berbeza daripada tahun sebelumnya.

Jika sebelum ini, calon yang lulus peperiksaan bertulis PTD akan menghadiri PAC bagi ujian fizikal dan sebagainya. Namun, tiada PAC bagi tahun ini.

Maka, mana-mana calon yang lulus exam PTD akan terus dipanggil menghadiri temuduga, kemudiannya direkrut sebagai kadet PTD selama setahun.

Jadi, fokus utama anda sekarang adalah untuk lulus peperiksaan online PTD.

KERJAYA SEBAGAI PTD

Jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik merupakan jawatan dalam perkhidmatan awam yang menjadi buruan graduan baru.

Ada beberapa faktor yang menjadikan kerjaya sebagai PTD ini menarik. Antaranya:

Kenaikan pangkat bagi PTD lebih cepat berbanding jawatan perkhidmatan awam yang lain.
Gaji PTD juga lebih tinggi jika dibandingkan jawatan lain.

Jika anda memilih untuk sampai ke puncak dalam perkhidmatan awam, maka PTD adalah laluan yang tepat
Antara kelebihan lain menjadi PTD ialah:

  • Elaun perumahan
  • Cost of living allowance (COLA)
  • Imbuhan tetap khidmat awam (Itka)
  • Kenaikan gaji setiap tahun
  • Kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan
  • Cuti tahunan mengikut kelayakan
  • Cuti bersalin
  • Pinjaman perumahan
  • Caruman KWSP atau pencen
  • Bersara pada umur 58 tahun
  • Peluang kenaikan pangkat
  • Peluang melanjutkan pelajaran
  • Peluang untuk berkursus dari semasa ke semasa
  • Lebih banyak masa diluangkan bersama keluarga

Sejarah Persatuan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik

Logo PPTD

Lambang Persatuan ialah sepasang harimau berjuang melindungi melindungi huruf-huruf PTD yang mendokong lambang bulan bintang Malaysia dilingkungi oleh suatu bulatan di tengah suatu perisai. Warna rasmi lambang persatuan ialah kuning dan biru. Tafsirannya: Penyatuan tenaga ahli-ahli bagi mempertahankan kedaulatan negara dalam lingkungan Perkhidmatan Awam. Dengan sepotong ayat lambang persatuan bermakna taat setia yang tidak berbelah bagi kepada negara memerlukan penglibatan kesemua peringkat pegawai PTD.

Cogankata PPTD

‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA DENGAN MENGAMALKAN KEPIMPINAN BERTELADAN’.

Objektif PPTD

    Menyemaikan perasaan berpersatuan dan meningkatkan semangat kerjasama di antara ahli-ahli.
    Menyatukan tenaga ahli-ahli dan menjaga kepentingan mereka.
    Memupuk kesedaran ahli-ahli akan tanggungjawab berkaitan dengan jawatan yang mereka sandang.
    Meluaskan pengalaman dan pengetahuan serta meninggikan kebolehan ahli-ahli dalam menjalankan tugas mereka.
    Mengembelingkan tenaga ahli-ahli bagi memainkan peranan yang berkesan dalam usaha-usaha pembangunan untuk negara dan rakyat
    Memastikan PPTD sebagai perkhidmatan terpenting dan utama dalam negara.
    Memupuk hubungan baik dengan pucuk pimpinan serta dengan perkhidmatan lain dalam perkhidmatan awam serta swasta

Sejarah PPTD

1826

Pulau Pinang, Melaka dan Singapura diambil alih pentadbirannya dari East India Company dan dijadikan Crown Colony di bawah pemerintahan Kerajaan Inggeris. Para pentadbirnya terdiri daripada anggota Eastern Cadetship Service.

1865

Atas perakuan Jawatankuasa Robinson, Straits Settlements Civil Service ditubuhkan. Pegawai-pegawai diambil dari Britain dan dilantik oleh Colonial Office ke jawatan Straits Cadetship dengan gaji 200 setahun. Frank Swettenham yang kemudiannya memainkan peranan penting dalam perkhidmatan awam Tanah Melayu adalah antara pegawai-pegawai muda yang dilantik ke jawatan ini dalam tahun 1871.

1874

Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 25 Januari. Dengan perjanjian ini, negeri Perak jatuh ke tangan pemerintahan Inggeris yang menubuhkan sistem pemerintahan Residen yang dilantik oleh Gabenor Negeri-negeri Selat dengan persetujuan Colonial Secretary di London. Residen Inggeris melantik pegawai-pegawai yang membantunya menjalankan urusan pentadbiran awam dan undang-undang. Residen yang pertama ialah James W.W. Birch yang kemudiannya mati dibunuh.

1875

Selangor menerima pentadbiran secara Residen dan Frank Swettenham dilantik menjadi Penasihat kepada Sultan Abdul Samad di Kuala Langat. Kemudian, J.G. Davidson dilantik menjadi Residen bagi Negeri Selangor berpusat di Klang dan Swettenham menjadi Penolong Residen.

1876

Pegawai Inggeris ditempatkan di Sungai Ujong bagi menjalankan tugas-tugas Residen. Sistem Residen ditubuhkan apabila kerajaan Negeri Sembilan diwujudkan dalam tahun 1889.

1888

Sistem pentadbiran Residen ditubuhkan di Negeri Pahang.

1896

Penubuhan Federated Malay States (Negeri-negeri Melayu Bersekutu) yang mengandungi Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Sistem pentadbiran secara Persekutuan dilaksanakan dengan menggabungkan perkhidmatan-perkhidmatan awam negeri-negeri itu dan Perkhidmatan Awam Negeri-negeri Selat (Straits Settlements) ke dalam satu perkhidmatan yang dinamakan Straits Settlements and Federated Malay States Civil Service. Anggota-anggota perkhidmatan SS&FMS ini boleh ditempatkan dan ditukar ke mana-mana negeri dalam Persekutuan dan Straits Settlements. Ketua pentadbiran bagi FMS ialah Residen General. Jawatan ini kemudian ditukar menjadi Chief Secretary, kemudian Federal Secretary dan akhirnya ditukar semula kepada Chief Secretary. Frank Swettenham dilantik sebagai Residen General yang pertama (1896 – 1903).

1904

Malayan Civil Service (MCS) diwujudkan khas untuk pegawai British.

1909

Negeri-negeri Melayu di utara Semenanjung iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu yang selama ini dianggap oleh Kerajaan Inggeris sebagai ‘Siamese Malay States’ diserahkan secara rasmi oleh Kerajaan Siam kepada Kerajaan Inggeris melalui Perjanjian Inggeris-Siam 1909. Kerajaan Inggeris menubuhkan sistem pentadbiran Penasihat Inggeris (British Adviser) di negeri-negeri ini dan juga Johor. Negeri-negeri ini dinamakan Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu atau Non-Federated Malay States. Selain daripada Penasihat British, jawatan pentadbiran negeri-negeri ini disandang oleh pegawai-pegawai Melayu dalam Perkhidmatan Tadbir Negeri. Pegawai Inggeris yang ditempatkan di Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu ini diambil daripada Perkhidmatan SS&FMS Civil Service.

1910

Skim Perkhidmatan Pegawai-pegawai Melayu ditubuhkan. Keanggotaannya dipilih daripada mereka yang diasuh dan dilatih di Kolej Melayu Kuala Kangsar yang ditubuhkan terutamanya bagi maksud ini dalam tahun 1905. Dalam tahun 1938, perkhidmatan ini menjadi Perkhidmatan Tadbir Melayu (Malay Administrative Service).

1921

Malayan Civil Service (Perkhidmatan Tadbir Malaya) dibuka kepada pegawai-pegawai Melayu.

1950

Malayan Civil Service Association didaftar dengan Pendaftar Pertubuhan.

1956

Perkhidmatan Luar Negeri atau External Affairs Service (EAS) ditubuhkan.

1966

Pemansuhan Perkhidmatan Tadbir Malaya (Malayan Civil Service) dan Perkhidmatan Luar Negeri dan digantikan dengan Perkhidmatan Dalam dan Luar Negeri Malaysia (PDLN) atau Malaysian Home and Foreign Service.

1971

Pertukaran nama kepada Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) atau Admninistrative and Diplomatic Service (ADS).

PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK M41

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM MENGENAI MALAYSIA DAN ALAM SEKELILING

Masa : 45 minit
Soalan : 60

Dalam seksyen ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara-perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan juga perkara-perkara yang berkaitan dengan pengurusan sumber manusia/infrakstruktur, pentadbiran dan pembangunan wilayah/tanah/daerah/tempatan, pengurusan sumber ekonomi, pengurusan sumber kewangan, hubungan antarabangsa & hal ehwal luar negeri, pengurusan teknologi maklumat & komunikasi, keselamatan dan pertahanan negara serta lain-lain perkembangan. Tujuan seksyen ini adalah untuk mengukur daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada amnya dan Malaysia khasnya.

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 minit
Soalan : 40

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan menggunakan;

(i) Kemahiran Logik

Dalam seksyen ini calon dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut untuk memilih jawapan yang tepat dalam menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan.

(ii) Kemahiran Menginterpretasi Data

Calon diberi beberapa soalan menyelesaikan masalah yang menggunakan perangkaan. Perangkaan yang diberi perlu dianalisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon memberi jawapan.

(iii) Konsep-konsep Matematik

Konsep Matematik yang perlu digunakan merangkumi algebra dan geometri. Asas-asas Matematik tersebut tidak melebihi Sukatan Pelajaran Menengah Atas (SPM). Oleh yang demikian soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon.

CONTOH SOALAN PEPERIKSAAN ONLINE PEGAWAI TADBIR DIPLOMATIK.

Contoh-contoh soalan peperiksaan online Pegawai Tadbir Dan Diplomatik.

SEKSYEN A – PENGETAHUAN AM

Masa : 40 Minit
Bilangan Soalan Dijangkakan: 50

Contoh Soalan:

  1. Berikut ialah Bidang-Bidang Keberhasilan Utama Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, kecuali

A. menangani kos sara hidup.

B. mengurangkan perbelanjaan mengurus kerajaan.

C. memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman.

D. meningkat taraf hidup rakyat yang berpendapatan rendah.

Jawapan: B

  1. Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) merupakan bantuan kepada kumpulan sasar yang terdiri daripada

I. kanak-kanak.

II. balu askar dan polis.

III. orang kelainan upaya.

IV. mangsa bencana alam.

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. I, III dan IV

D. II, III dan IV

Jawapan: A

3) Dimanakah terletaknya Tapak Penyelidikan Arkeologi Sungai Batu?

A-Kedah

B-Perak

C-Johor

D-Sabah

Jawapan: A

4) Semasa penerimaan barang dari pembekal, apakah prosedur yang perlu dilalui dahulu oleh sesebuah syarikat atau agensi kerajaan mengikut susunan di bawah ini?

I. Pegawai Keselamatan Cop “Delivery Order” untuk pastikan barang tersebut wujud dan masuk ke dalam kawasan jabatan.

II. Penyelia Stor Menerima Barang dan mengira barang.

III. Penyelia stor akan menandatangani “Delivery Order”.

IV. “Delivery Order” yang telah disahkan oleh ketua jabatan pula diberikan kepada kerani akaun untuk direkodkan ke dalam sistem akaun syarikat.

A. I, III, IV,II

B. I, II, III, IV

C. I, III, II, IV

D. I, IV,II,III

Jawapan: B

SEKSYEN B – DAYA MENYELESAIKAN MASALAH

Masa : 45 Minit
Bilangan Soalan Dijangkakan: 40

Contoh Soalan:

  1. Rajah yang diwakili oleh Z ialah

Contoh Soalan PTD

DAPATKAN PAKEJ RUJUKAN ONLINE PTD 2016 PALING TERKINI DAN TER-LATEST DAN TINGKATKAN PELUANG ANDA UNTUK LULUS DENGAN CEMERLANG.

DAFTARKAN DIRI ANDA DI SINI