Penolong Jurutera Gred JA29

Jawatan Penolong Jurutera Gred JA29 adalah jawatan dalam kumpulan Sokongan Pengurusan dan Professional di Kementerian-kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan.

Di bawah ini adalah Maklumat-maklumat jawatan secara menyeluruh.

Deskripsi Tugas-Tugas penolong jurutera ja29

  • Bertanggungjawab mengendalikan pelaksanaan projek bagi skop kerja kejuruteraan antaranya kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrik iaitu mengumpul maklumat untuk penyediaan reka bentuk.
  • menyedia dan menyemak lukisan kejuruteraan, merekod inventori, mengawas tapak projek. menyelia pelaksanaan kerja pengawasan pembinaan di tapak projek, menyediakan laporan kemajuan projek.
  • membantu kerja-kerja perundingan dan penyediaan sebut harga dan tender, menjalankan kerja penyenggaraan bangunan dan workshop.
  • melaksanakan kerja-kerja kawalan, pengujian, penyenggaraan berkala peralatan elektrik, merancang dan menyusun aktiviti bagi mengawal selia sistem pengairan dan saliran serta menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.
Baca juga :  Pegawai Penjara Gred KA19

Syarat-Syarat Permohonan dan Lantikan Penolong Jurutera Gred JA29

  • Syarat Lantikan:
    • Sijil dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
      [ Gaji Permulaan: RM1,417.59 ]
    • Diploma dalam bidang kejuruteraan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
      [ Gaji Permulaan: RM1,826.02 ]
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pemeriksa Kereta Motor adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk peningkatan secara lantikan ke jawatan Penolong Jurutera Gred JA29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:
    1. mempunyai kelayakan di atas; atau
    2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    3. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
Baca juga :  Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17

Tangga Gaji Penolong Jurutera Gred JA29

Gaji Minimum : RM 1751.00

Gaji Maksimum : RM 5121.00

Kenaikan Tahunan : RM 145.00

================ MAKLUMAT TAMBAHAN ======================

Untuk Mendaftar SPA : http://semakanspa.com/daftar

Untuk Menyemak Permohonan SPA : http://semakanspa.com/urusan

Untuk Menyemak Panggilan Temuduga : http://semakanspa.com/panggilan

Untuk Menyemak Keputusan Temuduga : http://semakanspa.com/keputusan

Untuk Mendapatkan Ebook Rujukan Panduan Temuduga : http://semakanspa.com/temudugakerajaan

Carian Artikel :

  • penolong jurutera ja29,
  • senarai tugas penolong jurutera ja29,
  • tugas penolong jurutera,
  • tugas penolong jurutera awam,
  • semakan keputusan temuduga penolong jurutera ja29,
  • tugas pembantu jurutera,
  • keputusan temuduga penolong jurutera,
  • gaji penolong jurutera,
  • Contoh Soalan Peperiksaan Bertulis penolong jurutera Gred ja29,
  • gaji gred JA 29,
  • ,

Tinggalkan Pertanyaan