Penolong Pegawai Tadbir Gred N27/N29 – Tugas & Tangga Gaji

penolong pegawai tadbir Gred N27/N29 – Tugas & Tangga Gaji |

Sedikit maklumat mengenai jawatan Penolong Pegawai Tadbir N27 yang kini telah di naik taraf kepada Penolong Pegawai Tadbir Gred N29. Jawatan ini adalah sebahagian daripada jawatan yang terlibat di dalam bidang Pengurusan atau lebih tepatnya Urus Tadbir.

Nama Jawatan :

Penolong Pegawai Tadbir Gred N29

  • Kumpulan : Pelaksana
  • Kem/Jab : Jabatan Perkhidmatan Awam/ Kementerian Pertahanan
  • Syarat Lantikan Penolong Pegawai Tadbir N29 :

    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    1. warganegara Malaysia;
    2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
      1. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00); atau
      2. Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)
      3. diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
        (Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).
  • Syarat Bahasa Melayu Bagi Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29

    Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan Bagi Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29

    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu tadbir (Perkeranian/ Operasi), Pembantu Setiausaha Pejabat, Pembantu tadbir (kewangan), Pemeriksa Cap jari dan pegawai Khidmat Pelanggan adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Penolong Pegawai Tadbir Gred N29, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

      1. mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); atau
      2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    1. had umur pelantikan:
      1. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
      2. berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
      3. berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.
  • Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Tadbir N29 :

    Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan pengurusan kewangan, perolehan bekalan dan pembangunan, pengurusan, perkhidmatan personel, pengurusan pentadbiran pejabat, pengurusan majlis rasmi, mengendalikan urusan Konsuler dan Penguatkuasaan Undang-undang.

Permohonan Jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29

Untuk membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29, anda boleh melakukannya dengan mengisi borang permohonan SPA8i di Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Caranya anda boleh klik di sini >> https://putra12.spa.gov.my/spa8new/login.jsp

Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29

Peperiksaan Online adalah sebahagian daripada cara SPA melakukan penapisan terhadap calon-calon yang memohon pekerjaan daripada laman web SPA.

Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir N29 di adakan DUA kali setahun sebelum 2016. Jadi, peluang adalah lebih tinggi untuk anda menjawat jawatan kerajaan.

Rujukan Peperiksaan Dan Temuduga Penolong Pegawai Tadbir

Sekiranya anda di panggil untuk menduduki peperiksaan online dan juga temuduga Penolong Pegawai Tadbir, anda harus mempunyai sekura-kurangnya rujukan untuk anda menghadapinya. Ilmu itu penting untuk anda.

Salah satu rujukan yang ada adalah yang kami sediakan untuk anda. Rujukan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Tadbir.

Bagaimana untuk mendapatkan rujukan ini? Anda boleh mendaftar dalam email list kami dan seterusnya kami akan hantarkan kepada anda cara untuk mendapatkan rujukan ini nanti.

NAMA PENUH
NO PHONE

EMAIL



Atau Terus Whatsapp Admin dengan code “Rujukan PPT N29” ke +60179772303.

Insya Allah, kami akan membantu anda untuk mencapai impian anda. Terus support kami untuk membantu calon-calon kerja kerajaan yang lain dengan Share artikel ini di wall anda.

Terima kasih kerana membaca artikel Penolong Pegawai Tadbir N27/29.

Jangan lupa daftarkan diri anda di atas ya.

/

/

/

Carian Artikel :

  • skim gaji N29 penolong pegawai tadbir,
  • spa 8 maklumat jawatan,
  • tanggagaji pen pegawai tadbir,
  • tanggaji pegawai tadbir n 29,
  • ,