Peperiksaan Online Penolong Pegawai Penerangan S27

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA memanggil calon-calon untuk menduduki peperiksaan online bagi jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27.

Semakan untuk calon-calon peperiksaan Online boleh dilakukan di sini.

>> SEMAK CALON PEPERIKSAAN ONLINE PENOLONG PEGAWAI PENERANGAN.

Exam Online penolong pegawai penerangan akan dilakukan pada 15 April 2015 pada jam 8 malam.

Adakah anda salah seorang daripada calon-calon peperiksaan online ini? Jika ya. Sila isi form di bawah ini. Kami ada sesuatu yang ingin ditawarkan kepada anda.

Bimbang terlepas maklumat penting jawatan dalam kerajaan terutamanya exam online dan tips temuduga? Daftar dengan kami sekarang dan kami akan salurkan terus ke email anda...

Apa itu Penolong Pegawai Penerangan s27?

Penolong Pegawai Penerangan Gred S27

    • Kumpulan: Sokongan
    • Kem/Jab:Kementerian Penerangan dan Kementerian Kesihatan
    • Jadual Gaji:
Baca juga :  Semakan Peperiksaan Online Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam N29
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,362.00 RM5,092.00 RM145.00
  • Syarat Lantikan:
    • Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Fizik dan Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; atau
      [ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]
    • Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; atau
      [ Gaji Permulaan: RM1,362.00 ]
    • Diploma dalam bidang pentadbiran awam yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
      [ Gaji Permulaan: RM1,661.95 ]
    • Diploma Komunikasi dan Media yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
      [ Gaji Permulaan: RM1,661.95 ]
    • lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Syarat Peningkatan Secara Lantikan (PSL):
    Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Pembantu Penerangan adalah layak dipertimbang oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Penolong Pegawai Penerangan Gred S27 tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:

    1. mempunyai kelayakan di atas; dan
    2. lulus Peperiksaan Khas; dan
    3. berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.
  • Deskripsi Tugas :
    1. Kementerian Penerangan
      Bertanggungjawab melaksanakan aktiviti dan objektif Jabatan, menjalankan tugas pentadbiran dan kewangan di daerah, menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa Tetap dan ‘Adhoc’ di daerah dan menyediakan laporan-laporan dan analisa-analisa berhubung dengan isu-isu semasa.
    2. Kementerian Kesihatan
      1. Menyelia perkhidmatan tabung darah, peralatan teknikal tabung darah dan mengurus bekalan dan menyimpan inventori tabung darah.
      2. Merangka program Kempen Menderma Darah, pameran dan ceramah serta mengurus kebajikan para penderma darah.
Baca juga :  Exam Online Separa Perubatan.

penolongpenerangan

Carian Artikel :

  • semakan peperiksaan online spa,
  • semakan peperiksaan spa,
  • keputusan temuduga penolong pegawai penerangan,
  • ,

Tinggalkan Pertanyaan