Permohonan Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41

Permohonan Jawatan Kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 2015 Negeri Perak.

1.1.(A.)(a) Jawatan : PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN
No. Rujukan : 358A/489/3/7
( 3 kekosongan )
(b) Jabatan : Jabatan Agama Islam Perak
(c) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Profesional
(Skim Perkhidmatan Bersepadu)

(d) Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pendidikan
(e) Bidang Pengkhususan : Bahasa Melayu/Kesusasteraan, Sejarah,
Perdagangan, Bahasa Arab/Syariah

(B.) Jadual Gaji : Gred DG41

GAJI MINIMUM = RM1,917.00 

GAJI MAKSIMUM = RM8,652.00

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN = RM225.00

(C.) Syarat Lantikan :-

1. Calon bagi lantikan hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :-

(a) (i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan
daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau
kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,018.52 ] atau 2

Baca juga :  Permohonan Jawatan Kosong SPA Ogos 2016

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang pendidikan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,222.94 ] atau

(iii) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,222.94 ] atau

(iv) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan atau kelayakan
yang diiktiraf setaraf dengannya;
[ Gaji Permulaan : RM2,733.98 ] atau

(v) Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan serta Diploma Pendidikan
atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
[ Gaji Permulaan : RM3,040.60 ] dan

Baca juga :  Senarai 241 Agensi Kerajaan Yang Anda Perlu Tahu.

(b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

Untuk memohon, sila klik link ini >> MOHON JAWATAN KOSONG NEGERI PERAK 2015

Tinggalkan Pertanyaan