Wajib Baca Sebelum Anda Mohon SPA8i

Adalah dimaklumkan, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) telah memutuskan bahawa:

(a) Tempoh sah laku pendaftaran calon dipendekkan daripada lima (5) tahun kepada satu (1) tahun;
(b) Permohonan jawatan tanpa had dikurangkan kepada lima belas (15) jawatan sahaja;
(c) Permohonan jawatan adalah terhad kepada dasar One Step Lower iaitu:

  • Calon yang memiliki Ijazah hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah sahaja.
  • Calon yang memiliki Ijazah dan Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Ijazah dan Diploma/STPM/STAM.
  • Calon yang memiliki Diploma/STPM/STAM hanya boleh memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM, SPM dan Latihan Separa Perubatan
  • Untuk makluman, SPA akan membatalkan semua jawatan pemohon yang tidak memenuhi kriteria seperti di perenggan (a) hingga (c). Justeru, pemohon dinasihatkan untukmengemaskini Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) dan menghantar permohonan sebelum atau pada 30 November 2015.
Baca juga :  Nota Rujukan Interview Temuduga Separa Perubatan SPA 2015

Untuk Isi Borang – Klik SINI

Untuk Semak Panggilan Temuduga – KLIK SINI

Untuk Semak Keputusan Temuduga – Klik SINI.

Tinggalkan Pertanyaan