TEMPAH SEKARANGDapatkan Panduan Temuduga Terbaik Ini Untuk Menghadapi Temuduga Anda!

Iklan Jawatan Kosong SPA 2015.

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN SPA
1. a) Jawatan : Pegawai Penyelidik Gred Q47

b) Kementerian/ Jabatan : Bahagian Direktorat Nanoteknologi
Kebangsaan,
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

c) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Professional

d) Klasifikasi Perkhidmatan : Penyelidikan dan Pembangunan (Q)

e) Jumlah kekosongan : 1 kosong

Jumlah simpanan : 1 simpanan

2. Jadual Gaji

Gaji Permulaan Gred Q47 : RM 5,000.00

[di atas Jadual Gaji Minimum – Maksimum
Gred Q47 (RM5,000 – RM10,681)]

3. Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki
kelayakan seperti berikut:

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada
tarikh tutup iklan jawatan;

c) memiliki kelayakan akademik seperti
berikut:

i. memiliki sarjana muda kepujian
dalam bidang sains/ kejuruteraan
yang diiktiraf oleh kerajaan daripada
institusi-institusi pengajian tinggi
tempatan atau kelayakan diiktiraf
setaraf dengannya dan pengalaman
minimum 8 tahun berkhidmat dalam
bidang penyelidikan dan pengujian
saintifik;

ATAU

ii. memiliki Ijazah sarjana dalam bidang
sains atau kejuruteraan yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada institusiinstitusi
pengajian tinggi tempatan
atau kelayakan diiktiraf setaraf
dengannya dan pengalaman
minimum 6 tahun berkhidmat dalam
bidang penyelidikan dan pengujian
saintifik;

ATAU

iii. memiliki Ijazah doktor falsafah (PhD)
dalam bidang sains atau
kejuruteraan yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau
kelayakan diiktiraf setaraf dengannya
dan pengalaman minimum 4 tahun
berkhidmat dalam bidang penyelidikan
dan pengujian saintifik;

DAN

d) telah terbukti kemampuan dari segi
pengalaman dan sumbangan kepada
bidang penyelidikan dan pembangunan
(R&D) seperti berikut:

i. Membentang dan menerbitkan
minimum 6 kertas kerja di dalam
persidangan antarabangsa atau jurnal
– keutamaan diberi jika menerbitkan
minimum 3 kertas kerja dalam
jurnal/ prosiding antarabangsa
sebagai pengarang pertama
berkaitan dengan nanoteknologi.

IKLAN JAWATAN KOSONG

a) Jawatan : Pegawai Penyelidik Gred Q51

b) Kementerian/ Jabatan : Bahagian Direktorat Nanoteknologi
Kebangsaan,
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)

c) Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan dan Professional

d) Klasifikasi Perkhidmatan : Penyelidikan dan Pembangunan (Q)

e) Jumlah kekosongan : 1 kosong

Jumlah simpanan : 1 simpanan

5. Jadual Gaji

Gaji Permulaan Gred Q5 : RM 5,626.00
[di atas Jadual Gaji Minimum – Maksimum

Gred Q51 (RM5,626.00 – RM11,281.00)]

6. Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki
kelayakan seperti berikut:

a) warganegara Malaysia;

b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) kelayakan akademik seperti berikut:

i. memiliki sarjana muda kepujian dalam
bidang sains/ kejuruteraan yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
diiktiraf setaraf dengannya dan
pengalaman minimum 10 tahun
berkhidmat dalam bidang penyelidikan dan
pengujian saintifik;

ATAU

ii. memiliki Ijazah sarjana dalam bidang
sains atau kejuruteraan yang diiktiraf
oleh kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
diiktiraf setaraf dengannya dan
pengalaman minimum 8 tahun
berkhidmat dalam bidang penyelidikan dan
pengujian saintifik;

ATAU

iii. memiliki Ijazah doktor falsafah (PhD)
dalam bidang sains atau kejuruteraan
dan pengalaman yang diiktiraf oleh
kerajaan daripada institusi-institusi
pengajian tinggi tempatan atau kelayakan
diiktiraf setaraf dengannya dan
pengalaman minimum 6 tahun
berkhidmat dalam bidang penyelidikan dan
pengujian saintifik;

DAN

d) telah terbukti kemampuan dari segi
pengalaman dan sumbangan kepada
bidang penyelidikan dan pembangunan
(R&D) seperti berikut:

i. Membentang dan menerbitkan minimum
15 kertas kerja di dalam persidangan
antarabangsa atau jurnal – keutamaan
diberi jika menerbitkan minimum 5
kertas kerja dalam bidang berkaitan
nanoteknologi sebagai pengarang
pertama di dalam journal atau
prosiding antarabangsa.

Tinggalkan Pertanyaan