Pegawai Penjara Gred KA19

Pegawai Penjara Gred KA19 – Maklumat Jawatan, Tangga Gaji dan Deskripsi Tugas.

Pegawai Penjara Gred KA19

  • Kumpulan: Pelaksana
  • Kem/Jab: Jabatan Penjara
  • Jadual Gaji:
GAJI MINIMUM GAJI MAKSIMUM KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
RM1,360.00 RM3,824.00 RM100.00
  • Syarat Lantikan:
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
      • warganegara Malaysia;
      • berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred KA19:RM1,360.00); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred KA19:RM1,418.12); atau
        • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
          (Gaji permulaan ialah pada Gred KA19:RM1,476.24).
    • Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
      • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
      • berat badan sekurang kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46 kg bagi wanita;
      • mempunyai ukuran dada yang biasa sekurang-kurangnya 79sm dan semasa menarik nafas 84sm (lelaki sahaja);
      • lulus dalam Ujian Penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V/6/9 tanpa menggunakan cermin mata atau kanta lekap;
      • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
      • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
    • Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Deskripsi Tugas:
    Melaksanakan tugas-tugas operasi berbentuk fizikal dan rutin dalam menjalankan tugas-tugas kawalan keselamatan, melaksanakan prosedur penahanan dan pelaksanaan hukuman, merealisasikan program-program pemulihan serta memberikan layanan yang adil terhadap penghuni berdasarkan kepada undang-undang dan peraturan yang telah diperuntukkan.

 

Baca : Panduan Temuduga Pegawai Penjara KX19

 

/

/

Carian Artikel :

  • gaji pegawai penjara gred ka19,
  • ,

JADI SEBAHAGIAN DARIPADA KELUARGA BESAR PORTAL SEMAKANSPA.COM™

Dapatkan Maklumat terkini terus ke email anda. Langganan di uruskan oleh Feedburner dan Google. Jangan risau. Ianya SANGAT Selamat.

ISIKAN MAKLUMAT DI BAWAH DAN SILA CONFIRMKAN EMAIL ANDA. SEMAK EMAIL DI INBOX ATAU SPAM/JUNK BOX.

Tahniah. Sila semak di inbox ataupun Spam/Junk box email anda.